EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Aneka Sajian Apam, Lempeng dan Kuih Cara

image description
Call no.
: 641.815 SUS
Author
: Synergy Media
Contributor
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Summary
Satu lagi buku yang amat berguna bagi mengembangkan idea dalam masakan dan mengisi masa lapang sepanjang arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Apam, lempeng dan kuih cara adalah di antara juadah yang sememangnya digemari ramai. Rasanya yang manis dan lazat sesuai dijadikan bersama kopi dan teh sebagai hidangan petang. Membuat kuih ini memang memerlukan kemahiran dan teknik pembuatan yang betul agar hasinya memuaskan. Namun dengan teknik dan resipi yang dikongsikan di dalam buku ini membolehkan saya untuk mencuba. Buku ini ada menyatakan bahawa untuk membuat kuih apam, pilihlah ragi yang belum tamat tempoh penggunaannya. Jika menggunakan tapai ubi kayu pilihlah yang betul – betul manis, cukup tempoh pemeramannya dan mengandungi banyak air kerana semua ini akan membuatkan tekstur kuih berserat-serat. Bagi memastikan agar aroma kuih apam wangi, pilihlah tepung beras yang bermutu tinggi. Santan pua sebaiknya diambil dari kelapa yang cukup tua agar hasilnya banyak dan pekat. Kelapa yang tua kulitnya bewarna coklat tua dan kering. Disarankan untuk memasak santan terlebih dahulu agar kuih tahan lama dan untuk mengelakkan kuih cepat basi.