EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Tidak Tahu Membalas Budi

image description
Call no.
: JMF 398.2 NOR
Author
: Norul Azila Arifin
Contributor
: Zuraidah Binti Mat
Summary
Buku ini ditulis dalam dua Bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa English. Bahasanya amat mudah difahami. Ia menceritakan kisah seorang pemuda yang bernama Jalil di mana mempergunakan seekor memerang untuk menangkap ikan untuknya. Jalil mengajar memerang itu cara-cara menangkap ikan sehingga ia pandai. Sejak itu, setiap hari, Jalil hanya duduk di rumah sahaja menunggu hasil tangkapan memerang kesayangannya itu. Memerang memperoleh tangkapan yang banyak setiap hari. Disebabkan itu, Jalil menjadi pemalas. Ia hanya berharap kepada hasil tangkapan memerang itu sahaja sebagai punca rezekinya sehinggalah di suatu hari, memerang itu tidak mendapat menangkap satu pun ikan. Jalil rasa marah dan terus memukul memerang itu sehingga mati. Hatinya berasa puas. Sejak itu, dia sendiri pergi ke sungai untuk menangkap ikan namun tidak seekor pun ikan yang ia dapat. Setiap hari, hanya daun-daun kering sahaja yang terperangkap di dalam pukatnya. Barulah dia sedar, rupa-rupanya di situ sudah tidak ada ikan lagi sebab itulah memerangnya itu tidak memperoleh seekor ikan pun hari itu. Dia benar-benar menyesal di atas perbuatannya yang terlalu kejam terhadap memerang yang selama ini terlalu berjasa kepadanya. Perbuatannya ibarat seperti orang yang tidak tahu membalas budi. Walau pun kena pukul pada hari itu, memerang itu tidak lari. Ia rela dipukul oleh Jalil sehingga mati. Sebagai pengajarannya, kita tidak sepatutnya mengeluarkan amarah yang melampau-lampau lebih-lebih lagi terhadap seseorang yang pernah berjasa kepada kita selama ini sehingga sanggup melakukan perbuatan yang melampaui batas perikemanusiaan seorang manusia. Akhirnya, diri sendiri menyesal di atas perbuatan sendiri.