EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

FITNAH MEMBAWA PADAH

image description
Call no.
: -
Author
: ROSHANI ABDULLAH & GHAZALI LATEH
Contributor
: Nurrul Azzila Binti Abdul Rasid
Summary
Buku yang bertajuk ‘Fitnah Membawa Padah’ ini dikarang oleh Roshani Abdullah bersama Ghazali Lateh. Ia merupakan salah satu siri adaptasi daripada sejarah Melayu pada zaman pascakegemilangan Melaka. Buku ini berlatarkan pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah di Melaka. Di sebabkan Keputusan terburu-buru dan mendengar sebelah pihak, Bendahara dihukum mati. Setelah Bendahara dihukum mati, Sultan Mahmud mendapat berita bahawa berita yang diterima mengenai Bendahara itu tidak benar. Akhirnya, terbuktilah bahawa Bendahara telah menjadi mangsa fitnah oleh pihak yang berdendam dan mempunyai hasad dengki. Baginda amat menyesal kerana tidak mempercayai Bendahari. Namun, semuanya telah terlambat. Pada pendapat saya, buku ini banyak memberi pengajaran dan nilai murni untuk diterapkan ke dalam diri. Buku ini sesuai untuk pelbagai peringkat umur kerana jalan ceritanya menarik dan padat. Ilustrasi yang digunakan seolah menggambarkan zaman sejarah Melayu ketika itu. Terdapat juga glosari yang disediakan untuk rujukan pembaca.