EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Aladdin dengan lampu ajaib

image description
Call no.
: JMF 398.2 NOR
Author
: Norul Azila Arifin
Contributor
: Zuraidah Binti Mat
Summary
Buku ini menceritakan kisah dongeng Aladdin dengan jin cincin lampu ajaib. Aladdin merupakan seorang pemuda yang malas bekerja. Setiap hari ibu Aladdin menyuruhnya mencari kerja namun tidak dipedulikannya. Suatu hari, datanglah seorang lelaki yang berniat jahat menyamar sebagai bapa saudaranya. Lelaki itu menyuruhnya pergi ke satu tempat untuk mencari lampu ajaib. Dia dibekalkan oleh lelaki itu dengan sebentuk cincin ajaib dan memesan kepadanya supaya menggosok cincin tersebut apabila di dalam kesusahan. Maka tibalah Aladdin di tempat yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Aladdin dapat menemui lampu ajaib itu dan terus mengambilnya tetapi dia telah terjatuh ke dalam lubang yang sememangnya perangkap dari lelaki itu untuk Aladdin. Dia terus menggosok-gosok cincin berserta lampu ajaib tersebut. Maka keluarlah jin dari lampu dan terus Aladdin meminta untuk dihantarkan pulang ke rumahnya. Serta-merta Aladdin sampai di rumah. Terus dia menceritakan hal itu kepada ibunya. Mulainya saat itu, Aladdin dan ibunya hidup mewah sehingga dia dapat mengahwini seorang puteri. Aladdin telah membina sebuah istana buat mereka. Berita kesenangan hidup yang dialami oleh Aladdin telah tersebar luas sehingga dapat dihidu oleh lelaki yang pernah menyamar sebagai bapa saudaranya satu ketika dulu. Lelaki itu hanya berurusan dengan isteri Aladdin sahaja tanpa diketahui oleh Aladdin dan isterinya pula tidak tahu bahawa lelaki itu adalah seorang penjahat. Sebaik sahaja mendapat lampu ajaib yang dimaksudkan terus lelaki itu menangkap isteri dan ibu Aladdin dan membawa mereka jauh dari situ. Dengan pertolongan jin dari cincin ajaib yang dipakainya itu, Aladdin dapat mengesan semula di mana ibu dan isterinya berada dan terus pergi ke tempat persembunyian penjahat tersebut. Akhirnya, Aladdin dapat menyelamatkan ibu dan isterinya dari cengkaman penjahat serta dapat mengambil semula lampu ajaib yang telah diambil oleh penjahat dari isteri Aladdin. Kemudian, Aladdin membawa ibu dan isterinya pergi jauh dari situ dan membina semula kehidupan mereka yang bahagia seperti sediakala.