EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Kelawar dan Penyakit Berjangkit

image description
Call no.
: 614.56 NUR
Author
: Nurul Azmawati Mohamed, Nor Azila Noh, Ilina Isahak, Mohd Dzulkhairi Mohd Rani, Wan Omar Abdullah, Shalinawati Ramli, Zarini Ismail & Noornajihan Ja’afar
Contributor
: Awang Yunos Bin Awang Husain
Summary
Karya bersama 8 orang penulis terbitan Penerbit USIM pada tahun 2019. Buku yang memaparkan maklumat tentang binatang mamalia yang kedua terbesar di dunia selepas tikus iaitu kelawar ( 20% daripada spesies mamalia). Lebih menumpukan kepada kajian tentang penyakit yang dibawa oleh spesies mamalia ini. Dimulakan dengan pengenalan mengenai kelawar dan gaya hidupnya di bab 1 & 2. Dari klasifikasi, struktur dan fungsi kelawar serta gaya hidup spesies ini diterangkan dengan terperinci dan ringkas serta mudah difahami. Pada bab seterusnya adalah mengenai fakta utama yang dibincangkan dalam buku ini iaitu penyakit berjangkit bawaan kelawar. Perbincangan dibuat secara terperinci, mudah difahami dan ringkas. Dengan bantuan grafik yang bersesuian memudah kan lagi pemahaman pembaca. Juga diwujudkan info ringkas bagi memudahkan pembaca. Setiap penyakit yang dibincangkan akan termasuk maklumat pengenalan penyakit, sejarah penularan, tanda-tanda jangkitan, rawatan, kawalan dan pencegahan. Di antara penyakit yang dibincangkan adalah Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS), Enfalitis Nipah, Ebola dan Marburg,Rabies,Australian Bats Lyssavirus (ABLV), Virus Hendra, Pteropine orthoreovirus (PRV) dan Kulat Histoplasma capsulatum. Dalam bab 8 pula membincangkan cara rawatan, pencegahan penyakit bawaan Kelawar dan kawalan pembiakan Kelawar. Bab terakhir pula membincangkan dari sudut perspektif Islam tentang spesies kelawar. Secara am nya, buku ini amat sesuai untuk bacaan semua kerana penulisan yang ringkas, mudah difahami, dilengkapi grafik yang sesuai dan rujukan-rujukan yang boleh dipercayai. Bukan sekadar bacaan, buku ini juga sesuai untuk rujukan yang cepat, ringkas dan padat.