EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Diet Sihat Bagi Golongan Berdarah AB: Tampil Langsing & Bertenaga Tanpa Perlu Berlapar

image description
Call no.
: 641.56/APR
Author
: Wied Harry Apriadji
Contributor
: Shasilla Binti Bakhtiar
Summary
Buku ini menghimpunkan pelbagai menu diet sihat bagi golongan berdarah AB yang boleh digunakan sebagai pelengkap kepada rawatan yang dijalani serta sebagai penunjang kepada cara hidup sihat. Menariknya buku ini ialah penulis berkongsikan tentang makanan yang boleh meransangkan peningkatan berat badan dan makanan yang membantu penurunan berat badan. Selain itu, penulis juga menyenaraikan bahan makanan yang disarankan untuk golongan darah AB kepada 3 kelompok iaitu makanan yang sangat bermanfaat, makanan neutral dan makanan yang patut dihindari. Menu diet sihat yang dikongsikan di dalam buku ini adalah menu bagi tempoh 2 minggu yang merangkumi sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pada pandangan saya, masa penyediaan bagi hampir kesemua resepi yang dikongsikan di dalam buku resipi ini tidak memerlukan masa yang lama dan sangat mudah dan ringkas untuk disediakan dan dihasilkan. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan juga merupakan bahan makanan tempatan yang mudah didapati. Buku ini mengandungi 112 muka surat, ilustrasi berwarna tentang sajian yang menyelerakan dan 7 bab utama.