EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Cinta Kerana Allah

image description
Call no.
: 297.5677 PAH
Author
: Pahrol Mohamad Juoi
Contributor
: Zuraidah Binti Mat
Summary
Cinta itu indah dan cinta itu adalah amanah yang terindah dari Allah SWT. Buku ini memaparkan kecintaan kita yang teragung sekali selama hidup di dunia ini dan selagi masih menjadi makhluk Allah yang bernyawa. Kecintaan yang tertinggi sekali sepatutnya hanyalah kepada Allah SWT. Untuk Berjaya dalam hidup, kita perlu meletakkan kecintaan kita yang utama kepada Allah SWT agar matlamat dan tujuan hidup mendapat berkat dan perlindungan dariNya. Begitu jugalah sekiranya ingin berjaya di alam rumah tangga. Si isteri hendaklah taat dan patuh kepada si suami di kala suami menjadi ketua di dalam sesebuah rumah tangga. Apabila terjadinya sesuatu perbalahan di antara suami dan isteri, mereka hendaklah cepat-cepat kembali dan menghambakan diri kepada Allah SWT. Ini membolehkan suatu permuafakatan dan kejayaan sesama mereka dibentuk. Sekiranya ini yang berlaku bermakna sebuah rumah tangga itu adalah bermatlamatkan kecintaan kepada Allah SWT. Sebagai kesimpulannya, setiap kebaikan yang kita lakukan di muka bumi ini, sekiranya dilakukan hanya kerana Allah SWT akan mendapat kejayaan. Bukan sahaja kejayaan di dunia malah kejayaan yang sebenar-benarnya di akhirat sana.