EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Anjing Pemburu Dengan Sahabatnya

image description
Call no.
: JMF 899.233 NOR
Author
: Nurul Azila Arifin
Contributor
: Zuraidah Binti Mat
Summary
Buku ini mengisahkan dua ekor anjing yang bersahabat baik namun salah seekor daripadanya telah khianat terhadap persahabatan mereka dan akhirnya kedua-duanya kini menjaid musuh. Suatu hari, anjing pemburu hendak melahirkan anaknya. Ia tiada tempat tinggal lalu meminta belas kasihan daripada sahabatnya untuk melahirkan anaknya di rumah sahabatnya itu. Kerana kasihan, sahabat anjing pemburu itu membenarkannya dengan syarat keluar dari rumahnya setelah bersalin. Selepas bersalin, sahabat anjing pemburu pun berjumpa dengan anjing pemburu namun ia meminta supaya dibenarkan dirumahnya itu sehingga anak-anaknya pandai berjalan. Sekali lagi kerana kasihan, sahabat anjing pemburu mengizinkannya. Apabila sampai masanya, sahabat anjing pemburu pergi ke rumahnya dengan harapan sahabatnya itu berpegang pada janjinya iaitu keluar dari rumahnya itu. Alangkah terkejutnya ia kerana anjing pemburu tidak mahu keluar dari rumahnya kerana berasa selesa tinggal di situ dan mengugut akan menyuruh anak-anaknya menggigit sahabatnya itu sekiranya ia berkeras juga mahu ia dan anak-anaknya keluar dari rumah itu. Oleh itu, sahabat anjing pemburu berasa amat sedih. Disebabkan sikapnya yang terlalu baik hati dan terlalu berlembut dengan sahabatnya itu, kini ia telah kehilangan rumahnya sendiri dan mereka berdua telah menjadi musuh sampai sekarang. Sebagai pengajarannya, sikap tamak selalunya akan membawa padah kepada diri sendiri seperti yang berlaku kepada anjing pemburu yang tamak terhadap hak orang lain iaitu tamak terhadap rumah sahabatnya sendiri dan akhirnya mereka berdua menjadi musuh.