EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

SUSUR GALUR ANTROPOLOGI MELAYU – PEGANGAN ADAT TURUN-TEMURUN

image description
Call no.
: TM 305.89923 PEG
Author
: HALIMAH ABDUL RAHMAN
Contributor
: HASPIDAWATI HAJI BUJANG
Summary
Buku bertajuk Pegangan Adat Turun-temurun merupakan salah satu tajuk di dalam siri Susur Galur Antropologi Melayu. Sesuai untuk bacaan pelajar sekolah dan masyarakat umum yang ingin mengetahui berkenaan dengan adat-adat Masyarakat Melayu. Adat Masyarakat Melayu dapat dipecahkan kepada tiga aspek kehidupan iaitu adat resam perkahwinan, adat resam kelahiran dan adat resam kematian. Adat diperolehi daripada pengaruh persekitaran masyarakat dan kebiasaan yang menjadi amalan turun temurun serta zaman berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Setelah kedatangan islam amalan-amalan tertentu di dalam kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-mana amalan yang bertentangan dengan ajaran agama islam telah ditinggalkan serta tidak diamalkan lagi.