EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Tanaman Herba

image description
Call no.
: JM 635 IRF
Author
: Irfan Mohamad
Contributor
: Khuzainah Binti Khalid
Summary
Buku bertajuk Herba ini adalah merupakan salah sebuah buku yang terdapat didalam Siri Tanaman Dan Pokok Hiasan Sekolah. Buku ini mengandungi 48 halaman muka surat dan diterbitkan oleh Pustaka Lestari. Buku ini amat menarik dengan kulit luaran berwarna hijau kekuningan serta dihiasi dengan gambar herba berbentuk rempah ratus di dalam masakan masyarakat. dan amat bersesuaian dengan tajuk yang diutarakan. Terdapat 5 isi kandungan tajuk kecil yang di dalam buku ini, iaitu : Tanaman Herba, Pengaga, Mas Cotek Halia dan Pandan. Terdapat pengenalan di setiap tajuk utama tanaman pelbagai herba ini. Buku ini menerangkan jenis-jenis tanaman herba yang kerap dijadikan rempah ratus di dalam masakan disegenap lapisan masyarakat.. Ia juga menerangkan cara-cara penanaman tanaman herba serta kesesuaian iklim dan tanah bagi tujuan mendapatkan hasil yang baik. Di samping itu buku ini juga menjelaskan kelebihan dan manfaat setiap herba untuk kebaikan tubuh badan manusia. Buku ini turut memberi panduan pencegahan serangga perosak dan penyakit dengan penggunaan racun dan baja yang sesuai. Buku ini bukan sahaja sesuai dibaca untuk dijadikan panduan kepada golong dewasa, malahan ia juga amat bermanfaat untuk dibaca oleh golongan pelajar diusia remaja dan kanak-kanak sekolah rendah.