EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

SESAR UNJUR BELAWAI.

image description
Call no.
: 394.15954 YAK
Author
: Prof. Madya Dr. Yakup Mohd. Rafee
Contributor
: Izaruddin Bin Moss
Summary
Buku Siri Sarawakiana yang bertajuk ‘Sesar Unjur di Belawai’ dihasilkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) telah diterbitkan pada tahun 2020. Kajian berkaitan sesar unjur telah dilengkapkan melalui dua kajian lapangan pada bulan Januari dan Mac 2019. Buku ini menerangkan sejarah ringkas dan cara kehidupan masyarakat Kampung Belawai yang lebih tertumpu kepada kegiatan ekonomi yang berasaskan perikanan dan juga pertanian. Selain itu, proses dan peringkat penghasilan sesar unjur juga diterangkan secara komprehensif, bermula dari proses penangkapan udang sehingga kepada proses pembungkusan. Di dalam buku ini juga terdapat beberapa resipi tradisi dan cara masakan sesar unjur turut dikongsikan bersama. Semua maklumat di dalam buku ini disampaikan melalui penulisan teks dan dibantu dengan sokongan visual secara artistik. Buku ini juga dilengkapi dengan aplikasi Augmented Reality (AR) bagi memberi kesan interaktif visual kepada pembaca dan disertakan dengan dokumentari video pendek berkaitan proses penghasilan sesar unjur menggunakan USB card/pendrive.