EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

PANDUAN DIET UNTUK GOLOGAN DARAH O

image description
Call no.
: 613.2/SUT
Author
: BUDI SUTOMO, S. Pd. , DR. YOANITA RISTYANINGRUM
Contributor
: Nur Syamimi Abdullah
Summary
Buku bertajuk PANDUAN DIET UNTUK GOLONGAN DARAH O dikarang oleh 2 orang penulis yang berasal dari Indonesia iaitu Budi Sutomo dan Dr. Yoanita Ristyaningrum. Bagi melariskan buku ini di pasaran Malaysia, buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malayu agar mudah untuk dibaca dan difahami. Penulis telah menceritakan tentang kajian-kajian yang telah dibuat oleh Dr. Peter J.D’ Adamo dari Indonesia. Beliau adalah seorang doktor naturopatic physician dan kajian yang dijalankan oleh beliau adalah tentang kesesuaian pengambilan diet yang berkesan berdasarkan jenis darah O. Kandungan gambar yang ditunjukkan adalah pelbagai jenis menu masakan yang digemari oleh masyarakat yang memiliki jenis darah O. Pemilihan diet yang salah dan tidak sesuai dengan jenis darah seseorang akan menyebabkan kemungkinan mengalami gangguan kesihatan dan boleh mengakibatkan diserang penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kanser dan sebagainya sehingga boleh mengundang maut. Pemilihan bahan dan resipi di dalam buku ini disesuaikan dengan pola makanan masyarakat Malaysia dan boleh digunakan dalam masakan seharian. Buku ini amat perlu dimiliki oleh segenap masyarakat berdarah O kerana ianya boleh dijadikan sebagai panduan berguna dalam menyediakan menu yang sesuai dengan jenis darah O agar sentiasa kekal sihat dan cergas sepanjang hayat.