EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

BAGAIMANA HENDAK MEMILIH KERJAYA

image description
Call no.
: 158.6/KRI
Author
: K. KRISHNAN M.A.
Contributor
: Nur Syamimi Abdullah
Summary
Penulis tempatan yang bernama K. Krishnan telah menghasilkan sebuah buku yang amat berguna kepada para lepasan sekolah menengah yang tidak tahu halatuju untuk menghadapi kehidupan baru sebagai insan dewasa. Buku ini perlu dimiliki oleh mereka yang amat memerlukan sebagai panduan untuk meneruskan masa depan mereka. Pastinya selepat tamat sekolah, anak-anak akan mencari jalan untuk mencari pekerjaan. Buku ini dapat membantu cara-cara untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pendidikannya atau mengikut minat masing-masing. Buku ini mengandungi 64 mukasurat dan mudah untuk dimiliki di samping harganya yang berpatutan. Penggunaan gaya bahasa yang mudah difahami dan dibantu dengan ilustrasi kartun menggambarkan situasi sebenar bagi sesuatu maksud ayat yang terkandung didalam buku ini. Pelajar lepasan sekolah sememangnya memerlukan maklumat tepat dan sebanyak mungkin bantuan yang boleh diperolehi supaya dapat memilih dengan bijak. Pemilihan yang sesuai dengan pemahaman yang diperolehi membantu seseorang menghargai kebolehan, minat dan matlamat diri. Tarikan kepada buku ini adalah pelajar telah diberi satu ruang untuk menjawab soalan-soalan dan latihan yang berkenaan dengan pemilihan kerjaya dan sekaligus dapat memberi panduan serta faedah yang maksimum kepada pembaca tersebut. Setelah berjaya mencuba untuk membuat latihan dan menjawab setiap soalan yang disediakan, maka seseorang dapat mengatasi masalah kebingungan dalam memilih pekerjaan yang semakin banyak di luar sana. Semoga buku yang dihasilkan oleh penulis K. Krishnan dapat memberi manfaat yang banyak kepada mereka yang memerlukan.