EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

PANDUAN KESELAMATAN KEBAKARAN DI RUMAH

image description
Call no.
: 649.1/PAN
Author
: -
Contributor
: Nur Syamimi Abdullah
Summary
Buku bertajuk PANDUAN KESELAMATAN KEBAKARAN DI RUMAH adalah gabungan di antara dua buah agensi kerajaan yang menyediakan panduan keselamatan dengan penghasilan satu buku untuk pembaca umum. Agensi yang dimaksudkan adalah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Buku ini menerangkan tentang api dan terhasilnya api. Pembaca boleh mendapatkan pengetahuan baru berkenaan tentang sajauh mana bahaya kebakaran terhadap keselamatan kita, cara-cara mencegah kebakaran di mana saja kita berada dan dalam keadaan mana ianya berlaku. Buku ini boleh dijadikan rujukan kepada masyarakat tentang keselamatan dan pencegahan kebakaran di rumah secara lengkap. Buku ini diharapkan dapat memberi pengetahuan asas tentang kaedah pencegahan kebakaran termasuklah menyelamatkan diri ketika berlakunya kebakaran. Buku yang mengandungi 79 mukasurat ini sesuai dimiliki oleh pelbagai lapisan masyarakat kerana masyarakat perlu dididik di peringkat awal lagi supaya bersedia dan mampu menghadapi bencana ini. Selain Pendidikan pencegahan, pembaca juga didedahkan dengan ilmu mengenali alat pemadam api (API), khidmat 994 talian hayat dan Program Teman Pili Bomba supaya masyarakat diberi peluang untuk memberi kerjasama akrab dengan kehadiran pihak berkuasa penyelamat kita selain menyediakan tips-tips berguna tentang keselamatan kebakaran yang boleh dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat.