EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

FACEBOOK SEBELAH SYURGA, SEBELAH NERAKA

image description
Call no.
: 297.266/YAN
Author
: YANUARDI SYUKUR
Contributor
: Nur Syamimi Abdullah
Summary
FACEBOOK SEBELAH SYURGA, SEBELAH NERAKA merupakan hasil penulisan daripada seorang penulis Indonesia yang bernama Yanuardi Syukur. Bagi memberikan keberkesanan kepada pemikiran yang luas serta pemahaman yang mendalam kepada pembaca maka buku ini telah diterjemahkan oleh Nurul Husna. Penyunting/ahli Bahasa oleh Ustazah Sabariah Bakri dan Muhammad Rizwan sebagai pereka grafik. Helaian mukasurat mempunyai ketebalan yang sederhana sebanyak 113 iaitu mengandungi rupa kulit buku yang tebal dan mukasurat yang licin serta menggunakan warna yang menarik dan jelas. Gaya bahasa juga sederhana berat dan sesuai di baca oleh golongan remaja dan dewasa. Buku ini sangat menarik kerana membicarakan sesuatu dari segi positif dan negatif sebagai panduan berguna. Kanak-kanak tidak digalakkan untuk memiliki bahan bacaan ini kerana sarana komunikasi ini tidak sesuai untuk didedahkan pada usia yang masih muda. Pembaca boleh mempelajari cara-cara penggunaan facebook untuk tujuan mencari kenalan baru atau lama untuk membina tali sillaturahim sesama insan dengan cara yang betul dan tidak melampaui batas. Buku ini juga menyediakan tips berguna yang perlu diikuti sebelum dan ketika melayari facebook.