EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

MAAFKAN SAYA, CIKGU

image description
Call no.
: JMF 899.2333 FAR
Author
: FARA NIS
Contributor
: Muhammad Aufa Bin Mohamad Jamaludin
Summary
Buku ini mengisahkan Syafiq membawa Cikgu Justin pergi ke tempat mandi di air terjun Lata Bukit Telaga. Rakannya Afiq pernah dengar orang kata tempat itu berpuaka tetapi Syafiq tidak endah dengan kata rakannya itu. Pada mulanya ramai murid-murid ingin ikut serta bersama Cikgu Justin dan Syafiq. Namun di halang oleh ibu bapa mereka kerana tempat itu berpuaka, malah pelbagai cerita yang di dengar ada yang lemas, hilang, kerasukan dan lain-lain lagi. ibu Syafiq pun menghalang dia pergi ke tempat itu, mujurlah ayahnya memujuk ibu dia supaya membenarkan dia pergi dengan Cikgu Justin. Cikgu Justin kelihatan gembira bila menjejak di kaki di air terjun dan terus terjun di ke dalam air. Setelah jemu mandi di air, mereka terus naik di atas batu sambil makan dan minum bekalan yang mereka bawa. Pada lewat petang nya, mereka baru pulang dan kelihatan mereka sungguh seronok selepas mandi di air terjun tersebut. Syafiq mula resah dan cemas kerana sudah dua hari Cikgu Justin tidak hadir di sekolah untuk mengajar. Akhirnya, mereka telah diberitahu bahawa Cikgu Justin masuk ke hospital selepas balik dari mandi hari itu. Cikgu Justin demam teruk dan disahkan kena jangkitan virus kencing tikus. Rakannya Afiq memarahi Syafiq kerana tidak mendengar apa yang dia cerita sebelum ini. Syafiq berasa bersalah pada dirinya kerana membawa Cikgu Justin ke air terjun itu. Syafiq tidak sabar menunggu Cikgu Justin mengajar semula dan dia ingi meminta maaf dengan guru kesayangannya itu. Setelah dua minggu peristiwa itu, Cikgu Justin masih juga tidak datang mengajar dan Syafiq mula resah pada dirinya. Sebulan berlalu, dikhabarkan Cikgu Justin tidak mengajar di sekolah itu lagi dan dia akan menyambungkan pendidikan dalam bidang matematik di sebuah universiti tempatan. Syafiq berasa kesal dan terkilan kerana tidak sempat meminta maaf kepada guru kesayangnya itu.