EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W

image description
Call no.
: JM 297.246 ABD
Author
: Aiman Jauhari
Contributor
: Dzairil Erwan Bin Sapar
Summary
Buku ini mengisahkan tentang kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Pada hari kewafatan Nabi Muhammad s.a.w ramai antara sahabatnya yang menjadi panik dan binggung.Umar sendiri walaupun dikenali sebagai seorang yang kuat akal dan tajam fikirannya menjadi gelisah apabila mendengar berita itu.Umar telah mencabut pedangnya dan hendak membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan Rasullah telah Wafat.Abu Bakar ,sahabat Nabi yang utama,kemudian mengantikan nabi sebagai khalifah,walaupun merasa teramat sedih keatas kehilangan Rasulullah.Mereka menganggap peristiwa itu sebagai satu musibah yang besar.Namun demikian,bencana ini telah sampai melupakan mereka kepada hukum alam dan tabiat hidup.Dengan tenang dan tabah,Abu Bakar masuk ke tempat jasad Rasulullah terbaring,lalu di bukanya kain yang menutupi wajah Rasulullah.Maka di ciumnya kening baginda lalu berkata ,"Mati yang dijanjikan oleh Tuhan bahawa semua yang orang akan menerimanya telah engkau rasai.Alangkah baiknya engkau pada waktu hidup dan waktu mati.Setelah itu beliau keluar menemui orang ramai yang berhimpun di hadapan rumah Rasulullah.Abu bakar pun berkata ,"Wahai manusia,barang siapa yang memuja Muhammad maka Muhammad itu telah wafat,akan tetapi sesiapa yang memuja Allah itu hidup dan tiada mati selama-lamanya.Abu bakar telah berbicara dengan pengikut Rasulullah,sekiranya baginda wafat,adakah kamu semua akan kembali menjadi kafir? Barang siapa yang kembali menjadi kafir maka tiadalah ia mendatangkan bahaya kepada Allah sedikit pun.Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang menerima kasih kepadanya.Sikap dan perbuatan Abu Bakar yang serupa itu memberi kesedaran kepada orang ramai sehingga hilanglah keraguan dan syak wasangka.Abu Bakar memberitahu kepada mereka yang sedang kebingungan bahawa Muhammad telah benar-benar wafat.Abu bakar menguruskan jenazah Rasulullah dan mengiringinya ke tempat terakhir.Akhirnya Abu Bakar di pilih sebagai penganti Rasulullah.Peristiwa ini berlaku pada petang Isnin 12 Rabiuawal,iaitu pada hari pertama kewafatan Rasulullah.