EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

KEK CAWAN VIRAL

image description
Call no.
: JMF 899.2333 FAR
Author
: FARA NIS
Contributor
: Muhammad Aufa Bin Mohamad Jamaludin
Summary
Buku ini menceritakan anak Encik Ibrahim iaitu Yana suka dengan kek cawan yang di beli ayahnya yang dijual oleh Marsyitah dan adiknya. Setiap hari waktu pulang kerja Encik Ibrahim akan singgah di stesen minyak membeli kek cawan untuk Yana. Pada suatu petang Yana bertanyakan dengan ayahnya bahawa dia ingin berjumpa dengan budak yang berjual kek cawan ini kerana dia ingin mengatakan bahawa kek cawan yang dibuatnya sangat sedap. Keesokan hari nya, Encik Ibrahim menepati janji anaknya untuk membawa Yana berjumpa budak yang menjual kek cawan itu. Yana terkejut bahawa budak yang menjual kek itu adalah kawan dia sendiri. Semasa di sekolah pula Yana memberitahu kawan baiknya Geena bahawa Marsyitah yang menjual kek cawan yang sedap itu. Hari itu juga Marsyitah tidak hadir ke sekolah dan sejak akhir-akhir itu Marsyitah kerap tidak hadir ke sekolah atas sebab dia kena menjaga adik-adiknya bila ayahnya masuk di hospital kata Yana kepada Geena. Rakannya Geena mencadangkan untuk membantu Marsyitah kerana bersimpati dengan nasibnya. Kemudian mereka mengajukan perkara ini kepada gurunya iaitu Cikgu Salina maka cikgunya bersetuju dengan cadangan dia. Cikgu Salina memberi idea yang bernas untuk adakan jualan amal kek cawan di sekolah dan duit tersebut boleh didermakan kepada ayah Marsyitah supaya dapat menjalani rawatan kansernya. Semasa jualan amal berlangsung kek-kek yang di buat ibu Marsyitah di borong oleh Persatuan Badan Kebajikan sekolah dan di jual kepada murid-murid dan ibu bapa mereka. Duit yang terkumpul itu didermakan semula kepada ayah Marsyitah. Marsyitah terasa terharu dengan cikgu dan rakan-rakannya kerana dapat membantu beliau dan keluarga. Marsyitah berasa sangat bersyukur kerana rakan-rakannya dan pihak sekolah sudi membantunya malah dia juga tidak lupa semua ini berlaku kerana ayah Yana menjadi pelanggan tetap kek cawannya. Kek cawannya menjadi viral di media sosial. Maka akhirnya, Marsyitah tidak lagi ponteng ke sekolah kerana ibunya sudah ada pembantu yang membantunya membuat kek cawan dan kek cawan buatan ibunya terkenal dengan nama Kek Cawan Viral.