EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

BAGAI KERA SUMBANG

image description
Call no.
: JMF 899.2333 FAR
Author
: FARA NIS
Contributor
: Azhanizzat Bin Sham Rawi
Summary
Buku ini menceritakan Pak Uda tinggal bersendirian. Dia seorang yang rajin dan memiliki pelbagai jenis pokok dan sayur-sayuran di sekeliling rumahnya. Kerana sikap nya seperti kera sumbang, sering memencilkan diri dan tidak bercampur orang lain. Setiap petang, Ahmad dan kawan-kawannya lalu di rumah Pak Uda untk pergi ke taman permainan. Setiap kali lalu di rumah itu dia sering melihat Pak Uda membuat kerja-kerja di rumahnya. Di sekeliling rumah Pak Uda terdapat banyak pokok buah-buahan tetapi dia tidak pernah memberikan buah-buahan itu kepada jirannya sehingga buah-buahan yang masak itu busuk dan gugur sahaja. Pada suatu hari, Ahmad dan kawannya melintasi rumah Pak uda dan melihat Pak uda termenung keletihan di bawah pokok mangga. Ahmad dan kawannya ingin membantu Pak Uda namun beliau berkeras tidak mahu ingin di tolong walaupn badannya kurang sihat. Mereka berdua akur dan terus pulang ke rumah masing-masing. Beberapa hari kemudian nya, Henri dan Ahmad tidak nampak Pak Uda dan mengutuskan untuk pergi ke rumah Pak Uda malah keadaan sekeliling sunyi dan sepi. Mereka memanggil-manggil nama Pak Uda dan sejurus kemudian baru kedengaran suara orang mengerang kesakitan. Ahmad dan Henri rasa cemas. Mereka terus menolak pintu rumah tersebut dan nasib juga pintu rumah tersebut tidak berkunci. Tanpa membuang masa Ahmad meminta bantuan dari ayahnya untuk membawa Pak Uda ke hospital untuk dapatkan rawatan kerana kaki Pak Uda luka terkena pada cangkul. Ahmad dan Henri lah yang menjaga Pak Uda sengga sembuh dan memberi pertolongan menyedia makan dan minum Pak Uda. Pak Uda pun berterima kasih kepada mereka berdua kerana menjaga beliau. Sejak dari hari itu, dia mulai insaf dan tidak lagi memencilkan diri seperti kera sumbang