EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Nyayian Anjing Laut

image description
Call no.
: JMF 899.2333 LEE
Author
: LEEN
Contributor
: Norazizie Bin Razali
Summary
Buku ini mengisahkan anjing laut di sebuah pulau kecil di lautan atlantika. Kemerduan suara mereka menyebabkan mereka di gelar "Koir Anjing Laut". Sepanjang hari mereka berendam dalam laut sambil menangkap ikan untuk dimakan. Apabila matahari terbit tegak salah seekor dari anjing laut akan memanjat di atas batu dan mendendangkan nyanyian malah seekor demi seekor anjing laut turut serta sehingga suara mereka dapat didengar dari jauh. Seekor anjing laut bernama furball datang dan menyertai mereka bersama menyanyi. Furball akan terbawa-bawa dengan keasyikan nyanyian sehingga terkeluar dari melodi. Anjing-anjing laut lain rasa bengang dan meninggalkan dia bersendirian. Setiap hari, seekor demi seekor anjing laut menghilang. Anjing-anjing laut lain yang masih ada tidak kisah sangat akan kehilangan rakan-rakan mereka kerana leka dengan kemerduan suara masing-masing. Tanpa di sedari tinggal 3 ekor anjing laut termasuk furball yang tinggal di pulau itu. Pada keesokan harinya, terdapat seekor makhluk yang besar dan menakutkan menangkap 2 ekor anjing laut. Furball berasa takut dan cuba menyorokan diri. Dia merasakan boleh menyanyi seorang diri tanpa di dengari oleh siapa-siapa. Dia nerasa janggal. Dia sedar bahawa dia tidak boleh hidup bersendirian dan memerlukan rakan-rakan lain untuk bersama. Furball berenang di sekeliling pulau dan cuba mencari rakan-rakan nya lain. Akhirnya, Furball berasa letih dan tertidur di atas kawasan berumput di tepi lautan. Furball mimpi tentang rakannya dan melodi yang mereka kongsikan. Kasihan dengan Furball dia dikejutkan oleh makhluk besar tersebut dan dia ingin menyelamatkan dirinya. Furball terjatuh di atas salji lalu bergolek ke dalam laut setelah dia menggunakan suara sumbangan nya itu untuk cuba melarikan diri. Makhluk itu terkejut dan bingit sehingga tutup telinga kerana nada sumbang yang Furball keluarkan. Furball berjaya menyembunyikan diri. Ribut adalah nama makhluk besar itu. Ribut mengatakan Furball cantik dan dia ingin memilikinya. Tetapi Furball mengatakan banyak lagi benda yang cantik selain dirinya. Furball terus membawa Ribut ke suatu tempat yang cantik di atas bukit di pulau tersebut. Ribut pun memandang di sekitar penuh pemandangan yang indah. Ribut mengambil bunga dan batu yang cantik di genggamnya. Ribut terus bergegas untuk membebaskan rakan-rakan Furball. Tidak lama kemudiannya, segala-galanya kembali sedia kala. Semua anjing laut kembali mendendangkan lagu sambil bersantai di tepi laut.