EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Variasi Seni Quilling Kraf Kertas

image description
Call no.
: 745.54 IZW
Author
: Izwa Taib
Contributor
: Veronica Binti Edward Sidi
Summary
- Setelah melihat hasil seni quilling kraf kertas ini, mesti kita memikirkan ianya rumit untuk dihasilkan bukan? Namun, penulis buku ini iaitu Izwa Taib telah ‘menyelesaikan’ masalah itu dengan menyediakan buku yang mengandungi sebanyak 20++ rekaan langkah demi langkah untuk menghasilkan quilling yang menarik. Menurut penulis buku ini lagi, perkara asas seperti kertas Quilling juga sangat mudah untuk didapati. Jika ingin membuat sendiri juga boleh, hanya dengan menggunakan kertas saiz A4 daripada kertas berwarna warni, tetapi hendaklah dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki sebelum membuat quilling. Peralatan lain yang diperlukan adalah seperti gam, pencungkil gigi, gunting, pembaris lingkaran, papan quilling, polisterin, penyepit kecil, jarum quilling, pemotong kertas dan jarum peniti. Buku ini merupakan panduan lengkap terutamanya bagi orang yang baru berjinak-jinak untuk mempelajari seni quilling. Hasil kraf kertas Quilling ini sesuai untuk dijadikan hiasan pada kad ucapan, magnet peti sejuk, hiasan lilin, hiasan meja perkahwinan, klip rambut dan banyak lagi.