EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Sentuhan arkitek: Anjung seri : 100++ reka bentuk & pelan lantai rumah

image description
Call no.
: 728.80222 SEN
Author
: Zain Zainuddin
Contributor
: Nurfatini Binti Apandi
Summary
Adakah anda sedang mencari ilham untuk membina rumah idaman anda? Jika ya, buku Sentuhan arkitek: Anjung seri : 100++ reka bentuk & pelan lantai rumah adalah sangat sesuai untuk rujukan anda kerana buku ini menghimpunkan lebih 100 pilihan reka bentuk rumah berserta pelan lantai. Buku ini sangat memberi manfaat kepada pembaca yang sedang mencari ilham untuk membina atau mengubah suai kediaman kerana reka bentuk yang disediakan dalam buku ini ialah dari arkitek sendiri. Mereka bukan hanya melakar reka bentuk ini tetapi mereka juga menyediakan maklumat yang padat kenapa rumah tersebut direka sedemikian. Sebagai contoh, mereka menyediakan reka bentuk untuk rumah kampung kerana tuan rumah tersebut sangat sukakan suasana kampung. Jadi sekiranya pembaca yang sedang mencari ilham untuk membina rumah kampung, meraka akan sangat berminat dengan reka bentuk tersebut. Pelan lantai juga disediakan dalam buku ini sebagai rujukan kepada pembaca. Jadi apa yang saya boleh rumuskan, buku ini bukan hanya untuk arkitek sahaja tetapi untuk orang awam yang sedang mencari ilham membina atau mengubai suai kediaman mereka.