EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

KEKOK

image description
Call no.
: 302.2 AKI
Author
: Akif Basri
Contributor
: Jamilah Binti Juli
Summary
Buku ini membincangkan hal berkenaan bagaimana untuk mendengar, memahami dan memberi respon kepada peluah apabila diperlukan, di mana kita semua perlu peka dengan cara kita mendengar, memahami dan bagaimana kita memberi respon kepada luahan yang diluahkan kepada kita. Dalam buku ini ada banyak tips yang di utarakan oleh penulis yang kita boleh jadikan panduan atau garis panduan untuk mengetahui bagaimana cara terbaik untuk kita memberi respon terhadap apa yang diluahkan kepada kita samada di alam nyata iaitu secara berdepan maupun di alam maya iaitu melalui perbualan telefon ataupun mesej pesanan ringkas dan paling terkenal melalui aplikasi whatsapp. Antara tips yang boleh digunapakai adalah seperti : Fahami posisi kita - Siapa kita nak bantu? / Apa hubungan kita dengannya? / Adakah kita rapat atau sekadar kawan biasa atau kenalan baru? / dan yang paling penting, Sejauhmana kepercayaannya kepada kita? Kita sememangnya tidak dapat untuk bantu atau puaskan hati semua orang.Mungkin kita adalah insan terpilih yang orang percaya dan luahkan segala masalahnya atau mungkin juga si peluah tidak memerlukan kita untuk respon apa-apa terhadap permasalahan . Cukup sekadar ianya meluah segala masalah dan dia akan merasa lega.