EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pendamping Puaka menghidupkan SAKA yang mati

image description
Call no.
: 899.2333
Author
: Mohd. Nadzri Kamsin
Contributor
: Cassieafiefie Anak Telesa
Summary
Cerita ini mengisahkan Azmi yang masih tidak dapat bangkit semula setelah kematian isterinya. Di tempat kerja, Azmi sehingga kini masih lagi meratapi pemergian isteri kesayangannya yang sudah meninggal dunia akibat kemalangan ngeri. Setiap hari dia tidak bosan menatap wajah Salina pada bingkai gambar di atas mejanya. Hairi yang merupakan rakan sekerja dan sahabat karibnya, pening memikirkan bagaimanakah caranya untuk membantu sahabatnya itu yang didapati semakin lama semakin hanyut dalam dunia lamunannya Malam itu, Azmi terpegun melihat wanita mirip Salina, sedang tersenyum menunggunya di pinggir katil itu. Walaupun dia tahu itu bukanlah isterinya, namun itu tidak menjadi masalah buat dirinya. Biarlah hanya tubuh dan wajahnya sahaja yang betul-betut ‘Salina’, Azmi sudah cukup berpuas hati. Biarpun syirik perbuatannya itu, Azmi tidak kisah asalkan dia dapat peluang untuk menikmati saat-saat indah yang hadir hanya sekali seminggu, melepaskan rindu dendamnya pada isteri tercinta.