Buku ini menceritakan pelbagai pandangan mengenai status politik di Negara kita. Dimana bagi penulis, budaya politik di Negara kita ini khususnya tertegak atas gabungan elemen-elemen tradisi dan kontemporari sebagaimana catatan sejarah yang merakamkan usaha-usaha mencapai kemerdekaan yang melibatkan pelbagai proses politik kolaboratif berdasarkan etnik-etnik utama Negara sejak sebelum dan selepas kemerdekaan. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh pembaca yang mempunyai minat di dalam bidang politik. Bahasa yang digunakan tidak sukar untuk difahami dan mudah dibaca.