EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Jantung Antara Hidup dan Mati

image description
Call no.
: 611.12 JAM
Author
: Jamilah Jamaludin
Contributor
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Summary
Buku ini memberi gambaran kepada para pembaca serba sedikit tentang struktur jantung bekerja, penyakit dan masalah yang membabitkan jantung serta beberapa petua dan panduan untuk menjaga jantung sejajar dengan amalan hidup sihat. Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting kepada kita. Tanpa nya nescaya kita semua tidak boleh hidup. Jantung kita terus – menerus berdenyut tanpa henti selagi hayat masih ada. Jantung berperanan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh kita. Ada kalanya jantung kita tidak dapat menjalankan fungsinya seperti sediakala. Banyak faktor yang telah dikaitkan dengannya antaranya penyakit dan kecatatan pada jantung. Buku ini menerangkan dengan terperinci mengenai gejala penyakit jantung kongenital, penyakit injap jantung, penyakit jantung koronari dan penyakit darah tinggi. Buku ini amat sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin tahu dan mengenali jantungnya dengan lebih dekat. Buku ini turut sesuai dirujuk oleh penuntut sekolah menengah dan juga penuntut yang mengikuti jurusan yang berkaitan dengan kesihatan.