EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Kolestrol Tinggi

image description
Call no.
: 613.284 GAN
Author
: Dr Ganesan
Contributor
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Summary
Buku hasil tulisan Dr Ganesan ini merungkai fakta – fakta asas yang berkaitan dengan kolestrol, kesan kolestrol dalam badan dan cara – cara untuk mengawal penyakit akibat kolestrol. Kajian mendapati bahawa kebanyakan penduduk negara Asia mempunyai jumlah kolestrol yang rendah berbanding penduduk di negara Barat. Masalah penyakit jantung bagi penduduk di Asia juga redah tetapi masalah strok terutamanya strok pendarahan adalah lebih tinggi dalam kalangan penduduk Asia. Buku ini turut menerangkan mengenai kolestrol dan gaya hidup. Tabiat yang baik adalah pemakanan yang seimbang, bersenam, mengurangkan berat badan, menangani stress secara positif dan tidak merokok manakala amalan pemakanan yang baik ialah dengan mengambil berat faktor serat. Sumber terbaik serat ialah seperti oat, kekacang, buah-buahan yang kaya pectin ( epal dab buah sitrus ) serta sayur-sayuran. Antara lain makanan yang baik untuk kesihatan ialah bawang putih, soya, omega 3 dan omega 6, stanols dan niacin. Penulis buku turut menekankan mengenai makanan yang perlu dikurangkan dalam diet seharian bagi mengelak kolestrol antaranya minyak, gula, garam, dan buah-buahan yang kaya dengan gula seperti magga, anggur dan pisang. Selain itu, buku ini turut membantu pembaca mengenali tip- tip membeli produk tenusu, produk lemak dan minyak dan memilih makanan untuk sarapan. Keseluruhannya buku ini amat berguna dan mempunyai maklumat yang mendalam berkenaan kolestrol serta mudah difahami oleh pembacanya.