EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Panduan Penanaman dan Penjagaan Orkid

image description
Call no.
: 635.9344 AYU
Author
: Ayub S. Parnata & Noraida Haji Ilias
Contributor
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Summary
Buku ini menerangkan jenis - jenis orkid, bahagian-bahagiannya dan cara penanaman orkid dalam landskap. Bunga orkid adalah bunga yang kekal abadi. Kehadirannya tidak mengenal musim, bila-bila masa sahaja ia mampu menghasilkan bunga. Keunikan rupa bentuk dan keindahan bunga yang ditampilkan sudah cukup membuatkan ramai yang terpikat dengannya. Kebanyakan daripada spesis orkid berasal dari negara-negara tropika seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia. Ini berikutan dengan kesesuaian faktor – faktor agro-klimatik di kawasan penanaman yang dapat memacu pertumbuhan orkid. Di Malaysia, perkembangan tanaman orkid tidak berlaku serancak pengeluaran orkid yang berlaku di beberapa buah negara di Asia Tenggara yang turut menjadi pengeluar dan pengeksport utama orkid di dunia seperti Thailand dan Indonesia. Tiada sebarang maklumat yang dapat membuktikan pengenalan awalnya di Malaysia. Meskipun demikian, Malaysia pernah digelar sebagai ‘syurga bunga orkid’ kerana iklum dan persekitarannya yang sesuai dengan pertumbuhan orkid. Di Malaysia, penanaman orkid diusahakan secara komersial dan juga sebagai hobi. Orkid mula mendapat sambutan yang mengalakkan serta diminati penduduk tempatan dan pelancong luar. Dahulunya orkid tergolong sebagai bunga liar yang menjadi hiasan dalam hutan, namun kini ianya menjadi hiasan di pejabat, halaman rumah dan lobi hotel. Fenomena baru ini turut mencetuskan perubahan dalam industri bunga di Malaysia. Aktiviti penanaman dan perawatan orkid bukanlah sesuatu yang mudah. Ia menuntut kesabaran, ketekunan dan keberanian daripada pemiliknya. Buku ini amat menarik dibaca kerana ianya memuatkan gambar jenis-jenis orkid Malaysia yang popular di pasaran antarabangsa. Ia turut memaparkan keperluan yang harus ada supaya pokok orkid ini tumbuh subur dan cara penjagaanya supaya dapat menjamin pertumbuhan yang optimum.