EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

MISAI KUCING – Panduan Lengkap Jana Pendapatan

image description
Call no.
: 615.321 AFF
Author
: Affendi Hassan
Contributor
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Summary
Buku ini merupakan panduan lengkap yang mampu membimbing individu yang ingin melangkah jauh dalam bidang petanian dan melahirkan petani moden terutamanya dalam bidang penanaman dan pemasaran misai kucing. Difahamkan misai kucing mengandungi sifat-sifat anti alergi, anti hipertensi, anti inflamatori dan diurentik dan boleh merawai pelbagai penyakit seperti gaut, batu karang, kencing manis, anti penuaan dan rheumatisme. Tumbuhan ini diamalkan di dalam perubatan tradisional sebagai teh herba. Petani atau usahawan misai kucing haruslah mengambil berat aspek penyediaan kawasan penanaman melibatkan kesesuaian iklim dan tanah, pemilihan kawasan, pembersihan kawasan penanaman, penyediaan tanah dan pembinaan sistem pengairan. Buku ini turut memberikan maklumat mengenai agensi pertanian yang boleh membantu dalam pemasaran misai kucing diataranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA ), Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia ( MARDI ), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP ), Koperasi Pembangunan Desa ( KPD ) dan juga jabatan pertanian. Produk misai kucing boleh dipelbagaikan bukan sahaja dalam bentuk daun kering tetapi juga dalam bentuk minuman teh herba botol dan uncang poket. Semakin banyak proses untuk barangan siap misai kucing, maka semakin meningkat juga kos pengeluaran seunit. Pengusaha perlulah bijak dalam pemasaran iaitu dari segi rekabentuk dan gaya persembahan produk supaya dapat menarik perhatian pengguna. Menariknya buku ini, ia disertakan dengan pengalaman penulis sebagai pengusaha misai kucing yang berjaya. Dengan mengikuti beberapa langkah mudah yang disarankan di dalam buku ini, para pembaca pasti mampu menjadi usahawan tani yang berjaya.