EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Kerjaya Dalam Bidang Farmasi

image description
Call no.
: 615.1823 RAS
Author
: Rashidah Mat Nor
Contributor
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Summary
Buku ini mengupas skop kerja yang meluas dalam bidang farmasi. Pembaca di dedahkan dengan sejarah farmasi yang merangkum sejarah farmasi Islam, sejarah farmasi di Malaysia, di Barat dan di Britain. Secara umumnya bidang farmasi meliputi pembuatan, pemprosesan, pengawasan bancuhan ubat, penyimpanan, khidmat nasihat penggunaan ubat dan sebagainya. Ahli farmasi bukan sahaja berpeluang dalam dunia ubat-ubatan bahkan berpeluang mendampingi pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan khidmat nasihat seorang farmasi. Masa depan dan prospek dalam bidang farmasi amat cerah. Bagi menjadi ahli farmasi, para pelajar perlu memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari universti tempatan mahupun luar negara. Apabila menyandang jawatan sebagai pegawai farmasi pula, mereka haruslah mempunyai ciri – ciri peribadi yang menarik antaranya minat berkhidmat dengan orang ramai, teliti dan cermat, mahir berkomunikasi, sabar, adil, berdikari, tenang dan tidak gopoh, pakar dalam bidangnya, berjiwa penyelidik, standard etika yang tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat. Syarat-syarat kelayakan, maklumat biasiswa dan pinjaman, peluang kerjaya, gaji dan cara memohon turut diterangkan di dalam buku ini supaya dapat memberikan gambaran awal kepada para pembaca berkaitan bidang ini. Para pembaca turut dibekalkan dengan maklumat mengenai cara – cara menubuhkan kedai farmasi dan mengetahui cabaran dalam bidang ini. Selain berpeluang bekerja sebagai Pegawai Farmasi di sektor perkhidmatan awam, pelajar juga dapat menjawat pelbagai jawatan lain yang berkaitan degan bidang farmasi di mana semuanya dihuraikan di dalam buku ini. Kesimpulannya, buku ini amat membantu pelajar mengenali bidang farmasi melalui pendedahan pengalaman dan pengajaran yang dilalui oleh mereka yang terlibat dalam bidang ini. Maklumat yang terkandung di dalam buku ini juga digarap melalui pengalaman peribadi berdasarkan temubual dan soal jawab sebenar dengan pelajar ahli-ahali farmasi. Buku ini sesuai digunakan oleh ibu bapa dan kaunselor kerjaya bagi memupuk minat pelajar menceburi kerjaya farmasi.