EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Dahsyatnya Doa Ibu

image description
Call no.
: 297.3824/SYA
Author
: Syamsuddin Noor
Contributor
: Zuriawati Mohamad Laili
Summary
Buku yang menarik dan berinformasi yang harus dibaca oleh semua orang. Sesunguhnya doa seorang ibu itu amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Sebagai seorang anak, haruslah kita menghormati dan mengasihi kedua orang tua kita, terutamanya ibu. Kedudukan ibu lebih mulia daripada bapa. Di dalam buku ini turut dimuatkan dengan dalil yang menyatakan dahsyatnya doa ibu. Seorang ibu tetap seorang ibu walaupun ada yang berpendapat ibu mereka kurang baik dan membenci ibu mereka. Ibu berjasa kepada kita dan kepada seluruh kehidupan kita; dialah yang mengandung, melahirkan dan membesarkan kita. Manfaat dan kelebihan doa ibu turut dimuatkan di dalam buku ini. Doa ibu walaupun kedengaran agak mustahil tetapi, dengan izin dan kehendak Allah SWT, ia pasti akan berlaku. Maka sebagai anak haruslah kita berbakti dan turut mendoakan ibu kita bukan hanya di kala ibu kita masih hidup tetapi juga selepas ibu kita tiada. Cara-cara berbakti dan mendoakan ibu selepas ketiadaan ibu turut dimuatkan di dalam buku ini sebagai panduan. Selain itu, penulis turut mengingatkan kepada pembaca buku ini, sekiranya mereka adalah kaum ibu, berhati-hati sewaktu memanjatkan doa kepada Allah SWT. Jangan sampai mengeluarkan kata-kata yang mendoakan keburukan untuk anak, walaupun wujud konflik ataupun masalah yang besar antara ibu dan anak. Sebaik-baiknya seorang ibu perlu menahan diri dan memohon kesabaran daripada Allah SWT supaya ibu tetap mendoakan kebaikan anaknya.