EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

PENDIDIKAN ANAK DI RUMAH : PENGLIBATAN IBU BAPA

image description
Call no.
: 649.1 SUR
Author
: SURESH KUMAR N VELLYMALAY
Contributor
: Cindy anak Ikum
Summary
Buku ini sesuai untuk ibu bapa yang terutamanya untuk mendidik anak-anak di rumah. Buku ini sangat baik sebab di setiap bab ada tajuk-tajuk yang menarik. Contohnya dalam bab pertama dimana penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di rumah bukan setakat memberi faedah kepada ibu bapa malah memberi faedah yang positif kepada anak-anak. Kesan positif yang dilihat tidak hanya terhad kepada pencapaian akademik, malah mencakupi ketahanan emosi dan psikologi. Selain itu bab yang lain menghurai tentang cabaran, kegagalan, kepentingan, keberkesanan dan dorongan dan galakan yang ibu bapa diperlukan dalam pendidikan anak-anak. Saya menyarankan kepada ibu bapa untuk membaca buku ini kerana buku ini sangat memberi informasi dalam mendidik anak-anak. Dalam menelusuri alam pendidikan, ibu bapa merupakan jurupandu terawal yang menetapkan asas sejak kelahiran anak-anak, ditambah dengan peranan lebih luas apabila anak-anak memulakan pendidikan formal.