EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Ilmu Penyuluh Kehidupan

image description
Call no.
: JMF297.18 FAI
Author
: Faizal Rahman
Contributor
: Mohamed Ismauli Bin Abdul Wahab
Summary
Buku ini mengandungi enam buah buku yang amat sesuai dibaca dan dihayati oleh para pelajar di pelbagai peringkat. Buku-buku dalam siri ini menitikberatkan nilai-nilai akhlak terpuji seperti keteguhan iman, nilai kesetiaan, budi pekerti mulia, jujur, setiakawan, bekerjasama, bertolak ansur, dedikasi, saling mengasihi dan pelbagai lagi. Berikut merupakan judul siri di dalam kandungan buku ini : Teladan Jana Pemikiran Motivasi Pembangunan Diri Perihal Keajaiban Dunia Panduan Akhlak Terpuji Penyubur Keinsafan Ilmu Penyuluh Kehidupan Kisah-kisah yang dipaparkan dalam siri ini merupakan kombinasi dari pelbagai kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, zaman sahabat dan zaman selepasnya serta dikaitkan juga pada zaman kini. Hasil jalinan jalan cerita, perbendaharaan kata dan gaya bahasa yang pelbagai mampu mengayakan pembaca dengan ilmu bantu yang bermanfaat disamping memantapkan akhlak dalam meneruskan wadah perjuangan dalam era yang mencabar ini. Siri Motivasi Panduan Pelajar ini diharapkan dapat melahirkan murid yang mempunyai nilai-nilai positif, semangat jati diri di samping mempunyai ketahan fizikal dan mental yang tinggi. Kesemua aspek ini amat diperlukan oleh setiap individu sebagai wadah perjuangan menhadapi cabaran global yang sememangnya lebih hebat dan getir.