Buku ini menyelami luka dan keletihan yang dialami oleh mereka yang selalu memberi, yang berkorban, mendahulukan orang lain dan menahan impian sendiri demi tanggungjawab. Ia menggambarkan betapa sunyinya menjadi seorang yang mementingkan orang lain, hingga kadang terdetik di hati: "Bilakah tiba giliran aku?" (When Worries Turn to Hope).
Ezzah Mahmud menulis dengan suara yang tenang dan menyentuh, membawa pembaca melalui perjalanan batin yang penuh pengorbanan, kesedihan, dan harapan. Berlandaskan keimanan, buku ini mengingatkan bahawa setiap kebaikan tidak pernah sia-sia di sisi Allah SWT. Dengan tawakal, sabar dan keyakinan kepada Al-Wakeel (Yang Maha Menjamin), kita diajak percaya bahawa giliran kita akan tiba dalam bentuk yang jauh lebih indah daripada yang kita sangka.