Buku ini ditulis oleh salah seorang warga Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) iaitu Zaini Hussein, yang telah mengupas dengan lebih mendalam tentang kerjaya dan organisasi berkenaan dengan kerjaya, struktur organisasi, budaya kerja, pembentukan pelan, konflik dan perubahan. Bahasa dan gambarajah yang digunakan amat mudah difahami dan sesuai dijadikan rujukan oleh semua pembaca seperti pekerja, majikan, pelajar dan orang awam.