Ulasan saya mengenai buku ini adalah doa ibu bapa terhadap anak-anaknya adalah sangat mustajab sama seprti dasyatnya dengan doa para nabi terhadap umatnya. Didalam buku ini, terdapat kisah mengenai betapa tajamnya kemurkaan dan pedihnya sekiranya ibu bapa kita berkecil hati terhadap kita.Doa ibu bapa mengundang kekuatan luaran dan dalaman yang sungguh dasyat. Oleh itu, adalah amat rugi bagi seorang anak yang tidk peduli dengan doa ibu bapa. Doa dan kutukan adalah dua perkara yang menjadi inti pembicaraan buku ini. Perkara ini haruslah diambil kira oleh ibu bapa mahupun anak. Sebuah penulisan yang amat memberi kesan positif dan mudah difaham