Ulasan saya mengenai buku ini adalahmenjadi satu budaya dan keperluan bagi seorang wanita untuk berdandan. Islam juga menyarankan kepada golongan wanita agar berdandan. Namun harus difahami bahawa kecantikan boleh diiliki tanpa menggunakan kosmetik. Buku ini menjadi jawapan mengenai cara untul tampil lebih cantik dan memiliki kulit yang sihat tanpa menggunakan kosmetik. Buku ini disusun khususnya untuk menyedarkan bahawa kecantikan boleh didapati tanpa menggunakan kosmetik tetapi sebaliknya hanya menggunakan air wuduk. Meskipun hanya air biasa, air wuduk memiliki sejuta manfaat bagi kesihatan termasuklah mencantikkan dan memuluskan kulit. Dengan kehadiran buku ini, dapatlah ia membuka pandangan dan menambah pengetahuan kita bahawa untuk memliki kecantikan semulajadi adalah dengan mengikt ajaran Islam.