AGI IDUP AGI NGELABAN : NARATIF PEJUANG-PEJUANG PARAMILITARI DAN REJIMEN RENJER DIRAJA
AGI IDUP AGI NGELABAN : NARATIF PEJUANG-PEJUANG PARAMILITARI DAN REJIMEN RENJER DIRAJA
Call no.
: 808.882059522/ NEI
Author
: Neilsen Ilan Mersat, Regina Garai, Mohd Melintang Abdullah
Contributor
: Kian Anak Tungku
Summary
Buku ini mengandungi naratif yang dikongsikan oleh seramai 22 orang pejuang tanah air kita daripada pelbagai unit dan pangkat. Sebagai seorang anggota keselamatan sudah tentunya mereka terlibat secara langsung dengan aktiviti menjaga keselamatan negara serta sarat dengan pengalaman yang menarik.
Ada di antara mereka terlibat secara langsung dengan beberapa siri pertempuran dan serang hendap oleh pihak musuh. Bagi mereka yang lebih menyerlah keberaniannya, mereka telah dianugerahkan pingat keberanian seperti Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).
Turut dimuatkan bersama-sama dalam buku ini ialah naratif beberapa orang pasukan paramilitari yang ada kaitan langsung dengan perjuangan Rejimen Renjer seperti jungle trackers dan juga border scouts. Walaupun berstatus paramilitari, pasukan jungle trackers dan border scouts mempunyai tujuan yang sama dengan Rejimen Renjer, iaitu menghapuskan musuh yang sama, iaitu komunis. Buku ini bertujuan untuk memaparkan kisah mereka agar sumbangan dan pengorbanan mereka tetap abadi dalam kenangan setiap generasi rakyat Malaysia di masa akan datang