EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Islam – Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia

image description
Call no.
: 297.5/HAR
Author
: Dato’ Dr. Haron Din
Contributor
: Freda binti Padil
Summary
Ulasan saya mengenai buku ini adalah untuk memberi panduan kepada keluarga bahagia dalam Islam. Setiap individu berhak atau mesti mengambil tahu mengenai hokum-hukum mengenai panduan perkawinan seperti hokum nikah, hihmah perkahwinan cara memilih pasangan, wali dan mahar atau maskahwin.Juga, mengenai Fasakh Nikah iaitu perempuan wajib menuntut penceraian sekiranya suaminya menzalami perempuan itu. Juga menceritakan mengenai apa itu poligami. Dimana seorang lelaki boleh berkahwin daripada 4 orang dengan syarat-syarat yg telah ditetapkan. Nusyuz atau Derhakan dikaitkan pula jika isteri menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan syarak yang dapat diterima menurut huku syarak. Majlis Hakam atau Majlis Keluarga ada mengemukakan perkara itu kepada kadi dengan diwakili oleh dua orang pendamai, seorang wakil daripada pihak suami dan seorang lagi daripada pihak isteri bagi mencari jalan penyelesaian dan mengemukakan kesulitan itu dengan jujur. Talak menurut syarak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dan Hukum Talak ada 3, orang yang mencerai , orang dicerai dan perkataan cerai. Buku ini diterbitkan adalah disebabkan pada zaman sekarang banyaknya masalah yang timbul disebabkan oleh kurangnya maklumat dan kefahaman pada garis panduan berkeluarga dalam Islam. Ramai daripada golongan muda mengambil mudah mengenai perkara tersebut. Oleh itu, dengan adanya buku yang memberi garis panduan seperti ini, senang untuk golongan muda atau pun mereka yang hendak mendirikan rumahtangga disarankan dan dialu-alukan untuk memiliki buku ini setiap seorang. Isi kandugan buku ini merangkumi pengertian Hukum nikah kahwin , apa itu Fasakh Nikah, Poligami dalam Islam , Nusyuz atau Derhaka, Majlis Hakam atau Majlis Keluarga ,Penceraian atau Talak dan Kedudukan Wanita Sebelum dan Sesudah Islam. Saya suka buku ini sebab dapat dijadikan rujukan untuk diri sendiri, anak-anak dan juga kawan-kawan supaya mereka boleh memahami dan mengetahui cara yang betul dan belunaskan Hukum agama Islam untuk membina sebuah keluarga yang bahagia untuk dunia dan akhirat.