Sebagai seorang umat Islam, adalah menjadi cita-citanya untuk ke Kota Mekah dan Madinah menunaikan rukun Islam kelima, tetapi kerana bilangan kuota yang terhad maka sebahagiannya ingin melakukan ibadah umrah yang dikenali sebagai haji kecil. Buku ini disusun dengan sistematik dan mengikut tertib untuk menjalankan ibadah. Ia juga lengkap dengan doa dan tatacara perlaksanaan umrah. Amat baik sebagai panduan dan rujukan.