EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

SUMPAHAN MAHSURI

image description
Call no.
: JMF899.2333 SUM
Author
: ZAIHANIM ZAINAL ABIDIN
Contributor
: DAYANG SHANIZA AWANG TADA
Summary
“SUMPAHAN MAHSURI” telah disusun semula oleh Zaihanim Zainal Abidin dan dicetak pada tahun 2017. Buku ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang masih belum dikurniakan anak akhirnya mendapat khabar gembira setelah memasak kerak nasi yang dijumpai oleh si suami di sawah. Anak tersebut telah diberi nama sebagai Mahsuri. Mahsuri sangat dicemburui oleh penduduk kampung khususnya golongan wanita kerana kecantikan yang dimilikinya. Disebabkan rasa cemburu iparnya, mahsuri telah difitnah dan dibunuh. Oleh sebab itu, Mahsuri telah menyumpah Pulau Langkawi tidak akan tenteram dan aman selama tujuh keturunan. Jalan cerita yang menarik setelah disusun semula dan disertakan dengan illustrasi menjadikan cerita ini lebih menarik.