“Coklat Magis Amani” merupakan Siri Novel Amani terbitan Ana Muslim Sdn. Bhd. Ini merupakan bahan bacaan ringan bagi kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Buku ini i mengandungi 5 bab yang berlainan tetapi masih bersangkut paut dengan tajuk utama buku tersebut. Seperti siri-siri lain, buku ini diterajui oleh watak utama yang bernama Amani. Bagi siri Coklat Magis Amani ini, ceritanya lebih kepada proses pembelajaran ilmu yang baru bagi Amani. Amani yang gemar makan coklat berusaha untuk menggali ilmu mengenai coklat bagi mengembirakan orang disekelilingnya. Bak kata pepatah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih begitulah Amani demi menjayakan misinya yang tersendiri. Buku ini sesuai dibaca dan dikongsi setiap lapisan umur lebih-lnebih lagi bagi kanak-kanak kerana banyak unsur positif yang diterapkan dalam kehidupan seharian.