“Yeay, Amani Dah Berani!” merupakan Siri Novel Amani terbitan Ana Muslim Sdn. Bhd. Ini merupakan bahan bacaan ringan bagi kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas. Siri ini mengandungi 4 bab yang berlainan tetapi masih bersangkut paut dengan tajuk utama buku tersebut. Siri ini berkisarkan bagaimana watak utama iaitu Amani mengatasi setiap ketakutan yang dihadapinya. Buku ini sesuai dibaca dan dikongsi setiap lapisan umur lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak kerana banyak unsur positif yang diterapkan dalam kehidupan seharian.