Buku ini menceritakan tentang pantun. Ianya terdapat pelbagai jenis pantun antaranya pantun 2 kerat, 4 kerat, 6 kerat dan 8 kerat. Pantun ini melambangkan budaya dalam masyarakat melayu. Selain itu, berpantun selalunya di gunakan sebagai pembuka kata dalam majlis-majlis beradap. Pantun juga boleh melambangkan suatu keadaan atau emosi seseorang. Tujuannya adalah untuk menggambarkan perasaan seorang, ada juga pantun di cipta untuk memujuk hati seseorang malah ia boleh digunakan sebagai sindiran. Bagi saya buku ini bagus untuk para pelajar sekolah rendah mahupun menengah dan lapisan umum kerana ia boleh dijadikan sebagi pedoman atau panduan untuk mereka menghayati keindahan pantun.