Pandangan saya pada buku ini, buku ini menceritakan banyak kes melibatkan masalah kewangan melanda masyarakat kita di Malaysia. Golongan yang banyak masalah kewangan terdiri daripada golongan muda. Oleh itu buku ini mengajar kita supaya memahami dan apa keperluan insurans dan takaful kerana kebanyakan kita masyarakat Malaysia telalu lemah dalam aspek pengurusan kewangan peribadi mereka. Ianya juga menitik beratkan kepada pelajar yang akan meningkat usia ke dewasa untuk memahami keperluan kewangan agar mereka tidak tergolong kepada masyarakat masa kini yang mempunyai masalah kewangan, kes ceti haram, saham perlaburan internet, kebankrupan dan sebagainya. Semoga buku ini dapat memberi manfaat dan membantu mereka dalam mempertingkatkan pengetahuan dan pemahaman berkaitan masalah pengurusan kewangan individu.