Buku ini mengisahkan tentang sekumpulan kanak-kanak yang bermain tanpa mempedulikan keselamatan di sekeliling mereka. Kanak-kanak ini bermain sembunyi-sembunyi tanpa pengawasan ibubapa, dan mereka bermain diseberang jalan. Tanpa mempedulikan kenderaan yang lalu, mereka berlari ke arah jalan raya. Semasa mereka semangat mencari kawasan persembunyian, tanpa disedari, seorang daripada rakan mereka telah dilanggar oleh penunggang motosikal. Syukur ke hadrat Ilahi, sahabat mereka hanya luka dan lebam sahaja dan penunggang motosikal itu juga selamat. Akhirnya ibu menasihati semua kanak-kanak tersebut agar tidak mengulangi lagi tabiat bermain tanpa memikirkan keselamatan masing-masing.