Buku ini mengisahkan tentang bayi dinasour yang bernama Trixie yang takut dengan kumbang. Untuk mengatasi rasa takut itu, rakan-rakan Trixie membantunya untuk melawan perasaan takut terhadpat kumbang itu. Trixie beranggapan bahawa serangga seperti kumbang boleh menyengat dan mengakibatkan dirinya tercedera. Setelah mendengar penjelasan daripada rakan-rakannya, Trixie mulai menyedari bahawa kumbang tidak berbisa dan tidak dapat menyengat, bahkan Trixie yang boleh mencederakan kumbang tersebut. Akhirnya Trixie dapat mengatasi ketakutanya terhadap serangga yang bernama kumbang.