Kuching - Antara langkah mempertingkatkan amalan 5S, pada 20 Februari 2012 yang
lalu, Komiti 5S dengan kerjasama Unit Pengurusan Bangunan telah
mengadakan gotong royong secara serentak di sekitar kawasan Pustaka
Negeri Sarawak dan Rekod Repositori Negeri, Jalan Sultan Tengah.
Gotong
royong yang dimulakan pada jam 7.30 sehingga jam 10.00 pagi ini berjaya
memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan di kalangan staf
selain dapat menghijaukan bumi dan membersihkan kawasan daripada menjadi
vektor penyakit.
Aktiviti sihat ini akan dijadikan sebagai program
bulanan Komiti 5S Pustaka Negeri Sarawak sejajar dengan moto
”Persekitaran Kondusif Kerja Efektif”.
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 08 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 2025 08 Sep 2025