Kuching-Pada 28 Februari 2012 yang lepas, Pustaka Negeri Sarawak telah
menganjurkan ceramah kesihatan bertajuk “Alergi di Kalangan Kanak-Kanak”
yang disampaikan oleh Dr Alex Lu Yieng Lung dari Normah Medical
Specialist Centre.
Ceramah kesihatan ini diadakan di Auditorium, Tingkat
1, Pustaka Negeri Sarawak.
Dr Alex Lu secara ringkasnya telah mengupas mengenai masalah alergi yang
menyerang kanak-kanak. Lazimnya kanak-kanak berusia satu tahun hingga
lima tahun lebih cenderung untuk diserang masalah alergi.
Dalam
kebanyakan kes simptom-simptom dapat dilihat di tiga bahagian tubuh
iaitu gastrousus, respiratori dan kulit. Kebiasaanya kanak-kanak akan
mengalami simptom di bahagian gastrousus dan kulit.
Reaksi alergi bermula apabila seseorang dengan sistem imun hipersensitif
terdedah kepada alergen yang boleh jadi hama debu yang ditemui di
rumah, rumput, pokok, debunga, haiwan kesayangan, lipas, kulapuk, habuk
dan lain-lain.
Secara fizikal kesan ini dapat dilihat apabila mereka
yang terbabit mula bersin berulang kali, mengalami hidung berair dan
berasa gatal di hidung dan mata. Simptom ini boleh bertambah buruk jika
tiada tindakan diambil. Selepas beberapa jam mereka yang terbabit
mungkin mengalami hidung tersumbat, mata membengkak, rasa letih, tidak
dapat mengawal perasaan atau mengalami gangguan tidur.
Oleh itu, ibu bapa harus mengambil langkah penjagaan yang dinasihatkan
oleh doktor. Pastikan persekitaran anak anda bersesuaian dengan tahap
kesihatan mereka. Sesi ceramah pada petang tersebut dilanjutkan dengan
sesi soal jawab diantara peserta yang hadir dan penceramah.
Jejak Sarawakiana Di Dalat 14 May 2025
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 08 Sep 2025