EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pustaka Miri anjur Bengkel Kemahiran Seni : Simen Ferro

Posted on 26 February 2013




MIRI  Seramai 25 orang peserta telah mengikuti Bengkel Kemahiran Seni: Simen
Ferro yang telah diadakan pada 23 Februari 2013. Bengkel ini
merupakan salah satu aktiviti anjuran Unit Perkhidmatan Maklumat Pustaka Miri
bagi tujuan perkongsian ilmu dan kemahiran.

Dua orang fasilitator dari Penjara
Pusat Miri iaitu Sarjan Mejar Jaimin bin Gasing dan Warden Eliza Anak Monday
telah mengendalikan bengkel yang berlangsung sehari suntuk tersebut.
Peserta-peserta merupakan ahli-ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dari pelbagai
kawasan di Bandaraya Miri.

Para peserta telah
diberikan pendedahan serta mencuba sendiri cara menggunakan  teknik simen ferro untuk membuat hiasan laman
atau lanskap iaitu kerusi, meja dan pasu bunga.

Bahan-bahan yang digunakan
termasuk simen, pasir, wayar dawai serta pelbagai jenis dan warna cat. Kemahiran simen ferro ini bukan sahaja boleh digunakan untuk
menghasilkan hiasan laman rumah sendiri malahan boleh dijadikan sumber
pendapatan.